Amni Qistina

Sunday, May 25, 2014

Durham (UK)

Assalamualaikum. 

Ha, kan aku dah janji aku nak hapdate entry baru dengan penuh gambar rajah yang thorbaik. Walaupun terkontang-kanting aku pergi cari wireless semata-mata nak hapdate benda alah ni jadi bersyukurlah kerana aku boleh update. Yehaa. 

Ok, tengok tittle pun ohh ohsem semacam kan. Berbuak-buak nafsu ko nak baca entry aku kali ni. Walaupun aku tau yang segelintir yang akan baca, tapi best tau melalak sensorang dekat sini. 

Jadi, aku telah merantau ke negara orang dah seminggu tau aku duduk sini. Ehehe. Jom aku cerita, sebelum tu ko sediakan tisu ke kain lap dapur ke nak lap air mata ko meleleh-leleh japgi baca kisah hidup aku ni. 

Ceriteranya bermula gini, 

Mak aku memang bercita-cita tinggi nak sambung post-doc setelah sekian lama kononnya tak menuntut ilmu. Jadi, merata universiti mak aku minta last-last dapat Durham University yang terletak dekat Newcastle. Mohon bukak map sebab 100% aku yakin ko bukan tahu Durham tu dekat mana. Aku pun cenggitu. Dengar2 mak aku dapat tawaran dengan Durham University aku macam bengong semacam dekat mana ceruk la si durham ni terletak. 

Sebelum ko nak gi UK tu, kalau ko masuk sebagai tourist yang nak jenjalan beberapa minggu tak silap aku la tak kena buat visa segala bagai. Yang mak aku nak duduk setaun ni pun prosedur ya Allah banyak gila. Jadi, aku dengan adik-adik aku ni kenalah ikut mak aku pergi KL-Bangsar-Ampang semata-mata nak buat visa ko tahu tak beribu-ribu duit keluar ahhh menci ko kerajaan UK. 


Ha benda alah ni la kena pergi. Bawa document segala bagai dengan penyata gaji, surat beranak, surat segala mak nenek. Kalau mak/bapak berhajat nak duduk uk untuk study kena translate document-document bahasa melayu ke bahasa inggeris sebab derang taknak bm-bm, derang nak bi. Okay ini I nyampah. 

Tu satu hal, lepas tu nak kena gi cari translator ko hengat senang ke hah? Susah tau dak. 
Tu kalau kau duduk KL senang la nak pergi office tu. Kalau yang duduk jauh ni? Kapal terbang pun ticket mahal ko tahu tak? 

Borang ni mak aku salah isi, jadi kena buat balik. Paling aku meluat bila ko salah even satu maklumat, kena balik rumah balik isi balik bayar balik lepastu datang balik. Ah boleh pening aku. Sekali isi mahu beribu mak aku keluar bayar benda alah ni ja. 

Lepastu kena buat TB check-up. Ini private hospital sbb Gleaneagle penuh. Lagipun makcik kaunter tu bagi kau dua alamat ja, samada glean eagle ataupun life care medical centre dekat Bangsar South. 

Mau tiga kali jugak aaa ulang alik pergi office tu. Duit keluar banyak masa tu mak aku pun dah separuh fed-up. Goverment UK ni memang pandai buat duit betul lah. Patut maju semacam. 

Alhamdulillah, settle juga segala benda alah tu setelah beberapa minggu. 

Perjalanan dari KL-Heathrow amik masa 12 jam. Memang jetlag. Aku yang sampai dah berapa hari ni kerja aku makan-tidur-makan-tidur-makan-tidur. Dah la sekarang sejuk duduk dalam duvet memang pergh best! 

Lepas je imigration , terus amik bag, naik Heathrow Express ke terminal 5 untuk next flight. Kalau nak sampai Durham, kena amik KL-Heathrow-Newcastle dan amik masa 30minit untuk sampai Durham. Jadi ini memang satu perjalanan yang memenatkan. 

Kalau plan nak stay dekat uk, kalau duduk city centre baik naik public transport lagi pun ko taktahu jalan dia en. Kalau duduk countryside macam aku , baik beli kereta sebab yelah bas pun jarang aku tengok dia lalu. Kereta tak mahal dalam 400-600 pound tapi insuran mahal 1000 pound bersamaan dengan RM5500. HAHAHA menangis aku terharu tengok mahal sangat insuran kereta dia. 



 
Tapi its kinda worth la datang sini sebab uk ni besar kan. Boleh jenjalan kalau ada banyak duit. Aku bercadang nak gi Liverpool ehehe. Permandangan around Durham memang cantik aa sebab dia kan country side so cottage dia memang authentic la aku suka weeeee~ rumah-rumah dia semua kiut-miut belaka. Carboot sale memang the best ko bayangkan kasut winter Caterpillar dekat Malaysia beratus-ratus sini aku dapat 50 hinggit and still in good condition. HAHAH this is insane. 

Seaham(?) yang ada biggest carboot sale on Sunday pun okay la sebab dia tepi pantai tapi air dia deras tuu ombak kalau hanyut aku memang melambung laaa. Kalah pantai port dickson ko tahu. 


Overall, Durham best la sebab peace, calming lepas tu tak banyak gangguan. Makanan halal dapat dekat Newcastle especially ayam dan daging. Aku pergi Newcastle haritu kebab uuuu semua semua tuu sedap lazat sangat. Subway dia pun halalan toyyiban. Lain-lain best je dekat Tesco. cari yang suitable for vegetarian. adik aku siap beli ice-cream. Aku pun tak paham sejuk-sejuk ko boleh makan ice-krem. 


Yang tu je aku nak cerita, nanti data broadband habis. Sementara nak tunggu ayah aku pasang wireless dekat sini, pakai jelah apa yang ada. 

Salam rindu Malaysia, 

Guwa. 




Monday, April 28, 2014

Baruu :)

Hoi. Assalamualaikum. 

Nyampah mak kau awal-awal entri nak menghoi-hoikan orang. Kang japgi ada kena makan kaki. Ok straight to the point, aku ni ponteng kelas dah berapa hari dah ni. Dasar budak sekolah betul. 

Nak dijadikan cerita, kawan aku ada tanya bila aku nak update entri baru kan. Cehh terasa pemes lah pulak aku ni sampai orang ternanti-nantikan update terbaru aku. Walaupun followers tidak sampai mencecah ke tahap kurang daripada 3 tolak 1 jadi aku bersyukur kerana masih ada yang sedia menanti update terbaru cik Amni Qistina yang kini sedang meletop dia kelas kerana jarang hadir ke sekolah. Sila beri tepukan gemuruh. 

Maaf ye noks semua yang tunggu cerita iolls. iolls busy sikit sebab iolls sekarang dah duduk asrama. wow wow wow iolls duduk asrama you know iolls teruja sampai nak pecah bangunan iolls dengar jerita iolls bergema ye noks. Aku pun sebenarnya jarang dah nak update entry sebab entah takda cerita yang menarik rasanya kalau aku nak cerita pun. Nak cerita pun pasal dakdak dorm aku yang terhangat di pasaran. Hots gitu. 

Mungkin lepas ni entry akan lebih menarik sebab aku akan masukkan gambar. And i'm truly sorry kalau entry aku ni nak nada gediks yang teramat yow noks noks semua. 

Nanti kita jumpa next entry okay. Keep updated! YAY


Salam sayang, 

Amni Qistina

[baca next entry aku nanti. insha Allah best]

Thursday, March 6, 2014

[masukkan title sendiri]

Assalamualaikum.

Penat tau terkejar-kejar balik rumah, on internet, on laptop ok siot battery habis. Selongkar punya selongkar hah amik kau terus aku bukak blog. Dulu kalau aku tulis, aku selalu simpan buat draft ja, kau hengat ada orang nak baca ke hah blog senteng aku ni? Sumpah tak. Tapi apakan daya, aku tulis jelah. Buat diary katanya-- katanyerr. 
Jadi, ko nampak tak kesungguhan aku nak update kali ni? Bukannnya ada orang nak baca pun. Takpe, japgi aku pergi promote. Ko tunggu ko tunggu. 

Jadi sebenarnya aku baru balik sekolah. Biasalah pelajar mithali memang engko stay dekat sekolah sampai pukul 5.00 kan? Kalau takde aktiviti petang, mati hidup balik aku takkan stay sampai petang. Baik aku balik terbongkang tidur, nyaman sikit rasanya. Jadi, masa dalam kereta aku tengah pikir storyline apa aku nak letak dekat blog ni kan. Nak pemes katanya. KATANYA. 

Jadi, terus aku terpikir aku nak tulis pasal mind set. Aku baru balik olahraga, jadi dalam kekosongan masa, aku berborak borak dengan cikgu aku pasal lari lah lompat lah. Lepas tu ada kawan aku join. Dia cakap dia tak suka duduk asrama. Dia cakap dia nak berulang. Jadi masa tu cikgu kaunseling-kan dia. Hamek kau kang dah kena. Tapi dia jenis tak makan sama sungguh. Kekadang frust jugak aku dengan dia. Eii nasib je aku tak tomoi dia. Taulah besar daripada aku. Kang japgi aku yang kena tomoi tak ke mampus? 

Masa cikgu tengah provoke dia, aku selit-selit pergi lompat tinggi. Actually aku punya acara lompat lain, saje gegedik nak pergi lompat tinggi. Nak cuba nasib. Orang pendek macam aku ni nak lompat tinggi? Sudahlah baik ko jaga kaki kau elok-elok sebab ketinggian ko memang tak cukup inci. Jadi, aku try lah 90cm. Bagi aku 90cm tu kacang tanah je. Jarak dekat pun aku boleh lompat. Lepas tu bangga diri gila babun ah kononnya ko lepas 90cm. Wei dekat stadium 90cm kira paling ceroi la wei. Jadi up sikit 100cm. Bagi aku 100cm tu boleh la boleh la. Sebab apa 100cm aku boleh consider aku lepas. 

Aku lepas. Yes. tapi aku tak kisah sangat sebab dah banyak kali aku try. banyak kali aku lepas. ko tak nampak ayat aku tu macam power hah? KAHKAH. Jadi up sikit 4cm. Aku pun heish dahlah tak pernah try 104cm habis takkan ko nak tercegat je kan. Kemon la wei rendah je kot. Rendah bagi engko, bagi aku tinggi la wei. Jadi, aku cakap "wei pendek ja pun. hang tinggi amni hang tinggi" jadi aku dengan bangganya lompat kekononya lepas. tapi ......................................... aku lepas! ko nampak tak aku lepas. wei engko cakap la 104cm tu rendah tapi yang ketinggian beberapa inci macam aku yang 152cm ni ko tak rasa aku ni pendek semacam ke wei? 

aku tak salahkan takdir pun aku ni pendek. sebab kengkawan aku semua tinggi. umi aku pernah cakap "takpayah duk tinggi. nanti besaq orang rendah ni awet muda." jadi aku redhooo. Aku suka jadi rendah. Nanti kengkawan engko layan ko macam baby. Tak seronok ke gitu bang? Nanti bila ko tak sampai nak amik barang dekat tempat tinggi nanti ada orang tolong. Lepas tu nanti dia puji2 kita kata kita ni comel. Yang perempuan jelah puji ko comel, ko ingat lelaki nak puji ke engko ni comel? 

Don't fall for words la fall for action. jadi sebenarnya aku pun taktahu title aku apa harini. cuma aku nak cerita dekat engko yang rendah ni sebenarnya bukan pendek tapi belum tinggi. sampai masanya nanti tinggi la. ko tunggu ko sabar ko redho. 


aku nak pergi stalk kak fynnjamal punya instag. aku nak cuci mata tengok Arjuna. Juna tunggu aku datang ye bro? 

okbaii. 

[Hidup kena kental!]

Wednesday, February 12, 2014

Usaha

Assalamualaikum hi !

Wahwah, kemain kau tiap-tiap minggu nak update entry. Siap tepu kepala otak aku pikir nak letak apa dalam blog ni. Sampai dalam kelas cikgu ajar pasal indeks aku boleh pikir storyline entry terbaru ni. HAHA rasa macam nak cepuk je kepala aku ni. Senget sangat. 

Yelah, aku ni bukannya selalu boleh nak online bagai ni. Aku ni pelajar(cehh) yela pelajar kena belajar. Kalau tak belajar buat apa aku mak bapak aku hantar aku pergi sekolah? Kekadang aku jugak terpikir apesal diorang selalu letak mak dulu baru bapak, bapak mak takleh eh? Oh. 

Jadi, aku buat entry ni on the spot yela kan kena lah guna perkataan yang vavavom sikit nanti orang yang baca pun terhibur. Maksud aku bukan sekarang. Masa yang akan datang. Yela mana tahu time tu aku dah jadi selebriti blogger terkenal ke? Kan. Okay jap aku nak karate kerat 18 sebab ayat aku tu memang batak sangat. 

Jadi, harini aku nak cerita pasal something yang takdela menarik sangat. Tapi bagi aku menarik. Yela kan asal bukak blog je title mesti "Kawan" "boypriend" "gurlpriend" "my hobby" "my life" sampai sembab mata aku baca title yang lebih kurang sama walaupun isi diorang berbeza. Seriously. jadi kisahlah bermula begini. Pada suatu hari yang indah walaupun sedikit mendung dan redup, team aku buat latihan olahraga. Jadi sementara menunggu run-mates aku datang, aku pun tengok dekat arah lompat tinggi. Ada dua orang budak. Dua-dua ex-classmates aku tahun lepas. Biasalah aku mulut takboleh control terus aku tanya : 

Aku : wei hang masuk lompat tinggi? eii biaq betoi? 

Dua budak : Yala hang ingat kami ni apa? Lari ja ka? Tengok kaki ah wei. 

Aku : Boleh ka lompat? Macam tak lepas ja. 

Dua budak : At least kami tinggi pada hang. Yang hang bila nak tinggi? Duk minum dutch lady chocolate berkotak-kotak tak tinggi tinggi. Aku hairan sungguh. 

Aku : Biaq la. La ni, aku tak confident ja dengan hampa. Boleh ke lompat? 

Dua budak : Hang tengok, hang tengok. 

Jadi, aku pun tunggu depa dua buat lompat tinggi. Bukan aku memperkecilkan dua budak tu tapi aku rasa dengan ketinggian macam tu boleh ke? Even diorang lebih tinggi daripada aku grrr -__- nyampah rasanya. Cubaan demi cubaan diorang tak lepas. Sebelum ni aku tengok boleh je lepas kenapa kali ni tak boleh? Kalau kau takleh lompat mesti frust kan? Memang frust memang. Jadi aku dah naik bosan tunggu tak lepas lepas, lepas tu aku blah pergi buat 4x100. Training memang pergh gua cakap sama lu! Masa nak minum air diorang tu masih tengah buat high jump. Sekali dua-dua lepas. Bersorak siap joget-joget bagai. Jadi aku tanya sorang akak dekat tu asal diorang over sangat siap shake shake bagai. Akak tu cakap diorang baru lepas je palang tu. Dari tadi duk try tak boleh-boleh. Last-last baru boleh. 

Benda tu sebenarnya remeh tapi bagi aku besar sebab cikgu aku pernah cakap yang 

"  cikgu tak kisah kalau kamu training dengan sungguh-sungguh tapi at the end kamu kalah. yang paling cikgu tak suka bila terus atas trek dengan tak training lepastu kalah memang cikgu mengamuk. sbb kami tak ada komitmen " 

bagi aku, usaha tu penting. kau nak sesuatu tapi kau tak berusaha nak dapatkannya, macam mana kau nak genggam kejayaan tu? kira nak tawakal. takda usaha takda kejayaan. 

itu saja. 

Okbaii. 

[Good Luck SMAI's athletics!]

Saturday, February 8, 2014

Chapter baru.

Assalamualaikum dan Hi ! 

Selamat Tahun Baru. Happy 2014. Macam sakai gila dah masuk Februari baru nak ucap Happy New Year. Kahkahkah unless kau cakap HCNY itu lain cerita -_-

Okay so, aku taknak la nak membebel dekat sini panjang-panjang sangat. Kalau budak-budak yang tengah baca ni mesti rasa nak kasi penampar jepun je dekat muka aku ni sebab meroyan awal-awal. Okay diam. 
Jadi, typical la kalau tahun baru orang mesti nak azam baru. Tapi last-last bukan tercapai pun  sebab perangai yang dulu still sebati dalam hidup kau. Macam aku, dua tahun lepas aku berazam taknak makan dalam kelas. Tapi next year aku makan jugak. Kalau kau tengok bawah meja aku memang grrr semak kepala sebab macam-macam jenis ada. Tambah pulak dengan deskmates aku yang suka bawa segala mak nenek dalam peti sejuk diorang pastu share sesama. Bagusla sebab sharing is caring kan. [Sharing kepala lutut kau] lepas tu tahun ni aku makan juga dalam kelas. Nah amik aku sekali aku kena kasi borang demerit sebab makan dalam kelas. Tu yang payah kalau ada pengawas sekelas. Nak makan pun kacau line ahh. *woii peraturan tetap peraturan* 

Jadi tahun ni, aku taknak lah aktif sangat macam tahun lepas. Tahun ni aku hanya fokus 3 benda. Olahraga, softball dan ppmr/pbsmr. Japgi aku cerita pasal ppmr/pbsmr ok? Aku bukan nak riak, tapi umi aku cakap kumpul sijil bebanyak nanti senang boleh mohon sekolah/mara. Aku ni bukannya apa, tapi aku bersyukur dapat duduk sekolah aku tu. Alhamdulillah. Jadi, aku hanya fokus tiga benda tu. Memang aku taknak masuk bebanyak sangat. Janganla kau konker dekat kau sorang, kau ingat kau bagus? Bagilah peluang dekat orang lain takyahla nak over sangat. Kang japgi kau over aku sumbat dengan selipar jepun size 6 kau nak? Limited edition punya selipar jepun kau tahu? Tak terdapat di pasaran pun. 

Pasal ppmr/pbsmr kau cuba le tanya adik kau ke sepupu ke anak menakan, anak kepada anak jiran sebelah ke anak kepada nenek kau yang menakan ke anak kepada sepupu kau yang jiran dia selang tiga buah rumah daripada sepupu kau ke. Ala yang batch 99 ni. Aku ni pun stress sebab pikir benda tu. Kau hengat senang ke ha nak buat PBS ni? Boleh pecah otak kalau kau pikir bebanyak sangat. Tu tak termasuk homework la folio la dengan segala mak nenek yang ntah apa-apa kementrian buat. Dah ada pmr tu buatla cara ada pmr. Takyah la nak susah-susah sangat. Kau ingat murah ke ha nak beli buku pbs tu? Paling mahal RM10-RM11 ringgit. Tu kalau satu buku kalau 12 buku?!?!?!? RM120! Kau ingat RM120 tu murah ke ha? Golongan atas boleh lah nak cakap 120 tu murah? Kalau golongan yang kurang sikit? Kau ingat senang ke nak cari duit? Unless kalau buku tu harga turun macam kankung takpala jugak.

Jadi, yang aku nak cakap sekarang ni. GOOD LUCK untuk semua yang nak exam-exam ni. Abg2 akak2 yang nak amik SPM buat leklok. Jangan main-main. 5 tahun kau belajar dekat sekolah lepas tu kau buat main-main time spm memang kau cari nahas. 

Untuk 99. Aku ucapkan semoga bersabar dengan ppmr/pbsmr segala bagai sbb aku pun menghadapi benda yang sama. Jom sesama buat mogok jom. HAHA. Yang aku je aku nak cakap dalam chapter baru ni. 

Okbaii. 

[Selamat Maju Jaya!]


Thursday, November 28, 2013

gigi dan garfu

Assalamualaikum .

Dengan senang hati aku berbicara. Pembuka kata blog yang pertama. Haha k. Sebenarnya ini bukannya blog yang pertama. Entah berapa kali aku buat blog. Motif? Saja seronokk tengok orang tulis dalam belog. pengaruh katanya.

Disebabkan belog ini telah di-edit oleh kawan aku ye, kawan aku. Aku ni mana la nak reti edit-edit bagai ni. Tangan kayu jati memang tak ah. Tengok dekat header. Ada tulis NisaQwerty. Budak tu la yang edit. Tapi aku lupa nak minta blog add dia, nak jadikan penghargaan k. 

Aku ada kenangan silam dengan gigi dan garfu. Motif? Entah. Dedolu, aku takut nak pergi dentist. Aku cakap dentist ni pencuri gigi. yela masa tu kau kocik-kocik ada kau tahu kenapa dentist tu cecabut gigi kau? takde an? k. 

nak dijadikan cerita. malam semalam. adik aku tetiba :

"wei, alya nak pergi toilet. cabut gigi"

"kenapa tak gitau umi ja?"

"takmau nanti kena pi dentist"

"hek eleeehhhh"

"jangan bagitau tauu"

'aku bagitau kejap lagi'

lepas dia dah cabut gigi. aku tanya mana dia letak gigi dia. dia cakap letak bawah bantal nanti malam fairy tooth datang ambil gigi macam dalam cerita Barbie Mariposa. kfine. 

jadi aku teingat kenangan pahit dedolu. lebih kurang umur aku 6tahun. biasalah kecik-kecik dulu, aku suka hampar tilam depan tv sambil makan cekelat-cekelat 2 sekupang tu. snack katanya. paling aku suka TORA TORA. ala yang dalam box tu. kfine. jadi, sedang aku mengunyah cekelat tersebut, aku berasa sakit dekat bahagian gigi taring aku. jadi, aku gi check dekat cermin. yeah gigi aku longgar. 

aku cemas memandang kejap lagi umi aku nak balik kerja. jadi aku mengambil inisiatif untuk menggunakan garfu bagi mencabut gigi aku. ya Allah. sakitnya aku cungkil gigi aku tu tahap 7petala ok. sakit gila. aku tahan je air mata aku. yela. taknak gi dentist punya pasal terpaksa. paling teruk aku cabut gigi atas aku guna playar. tu kau jangan kata. sakit nya tahap cipan aku rasa. paling max.

lepas tu. gigi aku pun berjaya dikeluarkan dari gusi. melompat tak terkira aku time tu. yela, kau dah cabut gigi. takyah pergi dentist dah. jadi, terus aku ambil napkin dan lekapkan dekat gusi tu. kedengaran bunyi enjin kereta umi aku. terus aku berlari-lari anak ke pintu depan. tak perasan masa tu napkin masih ada dekat mulut. terus umi aku membebel sebab cabut gigi sendiri. umi aku ada tanya cabut pakai apa. aku cakap pakai garfu lagilah dia membebel. membebel untuk kebaikan katanya

paling sadis kenangan aku bila cabut gigi. aku gi jumpa dentist. cantik dentist tu. rambut lawa macam Fauziah Ghous dan muka cantik macam Maya Karin. tambahan pulak masa tu tengah popular cerita Puntianak Harum Sundal Malam. lagilah aku address si doktor tu memacam. masa tu aku sakit gigi geraham. sampai sekarang kalau aku gi dentist masa nak cabut gigi je mesti aku tutup mata sebab doktor tu yang ajar aku suruh tutup mata.

jadi masa tu dia cabut gigi geraham aku sakit gila. degil ya kau gigi. sakit sakit sakit. sampai nenangis aku sumpah seranah dekat doktor tu. tapi dalam hati la. gila kau nak sumpah depan dia . mau ditendang keluar dari klinik tak pasal-pasal. lepas tu aku terus stop pergi dekat situ. walaupun mukanya seperti Maya Karin , rambut ikal mayang cecantik gila macam Fauziah Ghous, disebabkan gigi aku dia tarik sakit tahap infinity jadi terus aku stop pergi dekat dia. hebatkan? HAHA k. 

masa tu jugak aku teringat. umi aku pernah bertanya. 

"letak mana gigi atas yang cabut tadi?"

"oh, dah baling atas bumbung sebab kalau gigi atas cabut kena baling atas bumbung dan kalau gigi bawah cabut kena tanam dalam tanah baru gigi baru tumbuh elok" 


pandai ya kau Amni .