Durham (UK)
Assalamualaikum.
Ha, kan aku dah janji aku nak hapdate entry baru dengan penuh gambar rajah yang thorbaik. Walaupun terkontang-kanting aku pergi cari wireless semata-mata nak hapdate benda alah ni jadi bersyukurlah kerana aku boleh update. Yehaa.
Ok, tengok tittle pun ohh ohsem semacam kan. Berbuak-buak nafsu ko nak baca entry aku kali ni. Walaupun aku tau yang segelintir yang akan baca, tapi best tau melalak sensorang dekat sini.
Jadi, aku telah merantau ke negara orang dah seminggu tau aku duduk sini. Ehehe. Jom aku cerita, sebelum tu ko sediakan tisu ke kain lap dapur ke nak lap air mata ko meleleh-leleh japgi baca kisah hidup aku ni.
Ceriteranya bermula gini,
Mak aku memang bercita-cita tinggi nak sambung post-doc setelah sekian lama kononnya tak menuntut ilmu. Jadi, merata universiti mak aku minta last-last dapat Durham University yang terletak dekat Newcastle. Mohon bukak map sebab 100% aku yakin ko bukan tahu Durham tu dekat mana. Aku pun cenggitu. Dengar2 mak aku dapat tawaran dengan Durham University aku macam bengong semacam dekat mana ceruk la si durham ni terletak.
Sebelum ko nak gi UK tu, kalau ko masuk sebagai tourist yang nak jenjalan beberapa minggu tak silap aku la tak kena buat visa segala bagai. Yang mak aku nak duduk setaun ni pun prosedur ya Allah banyak gila. Jadi, aku dengan adik-adik aku ni kenalah ikut mak aku pergi KL-Bangsar-Ampang semata-mata nak buat visa ko tahu tak beribu-ribu duit keluar ahhh menci ko kerajaan UK.
Ha benda alah ni la kena pergi. Bawa document segala bagai dengan penyata gaji, surat beranak, surat segala mak nenek. Kalau mak/bapak berhajat nak duduk uk untuk study kena translate document-document bahasa melayu ke bahasa inggeris sebab derang taknak bm-bm, derang nak bi. Okay ini I nyampah.
Tu satu hal, lepas tu nak kena gi cari translator ko hengat senang ke hah? Susah tau dak.
Tu kalau kau duduk KL senang la nak pergi office tu. Kalau yang duduk jauh ni? Kapal terbang pun ticket mahal ko tahu tak?
Borang ni mak aku salah isi, jadi kena buat balik. Paling aku meluat bila ko salah even satu maklumat, kena balik rumah balik isi balik bayar balik lepastu datang balik. Ah boleh pening aku. Sekali isi mahu beribu mak aku keluar bayar benda alah ni ja.
Lepastu kena buat TB check-up. Ini private hospital sbb Gleaneagle penuh. Lagipun makcik kaunter tu bagi kau dua alamat ja, samada glean eagle ataupun life care medical centre dekat Bangsar South.
Mau tiga kali jugak aaa ulang alik pergi office tu. Duit keluar banyak masa tu mak aku pun dah separuh fed-up. Goverment UK ni memang pandai buat duit betul lah. Patut maju semacam.
Alhamdulillah, settle juga segala benda alah tu setelah beberapa minggu.
Perjalanan dari KL-Heathrow amik masa 12 jam. Memang jetlag. Aku yang sampai dah berapa hari ni kerja aku makan-tidur-makan-tidur-makan-tidur. Dah la sekarang sejuk duduk dalam duvet memang pergh best!
Lepas je imigration , terus amik bag, naik Heathrow Express ke terminal 5 untuk next flight. Kalau nak sampai Durham, kena amik KL-Heathrow-Newcastle dan amik masa 30minit untuk sampai Durham. Jadi ini memang satu perjalanan yang memenatkan.
Kalau plan nak stay dekat uk, kalau duduk city centre baik naik public transport lagi pun ko taktahu jalan dia en. Kalau duduk countryside macam aku , baik beli kereta sebab yelah bas pun jarang aku tengok dia lalu. Kereta tak mahal dalam 400-600 pound tapi insuran mahal 1000 pound bersamaan dengan RM5500. HAHAHA menangis aku terharu tengok mahal sangat insuran kereta dia.
Tapi its kinda worth la datang sini sebab uk ni besar kan. Boleh jenjalan kalau ada banyak duit. Aku bercadang nak gi Liverpool ehehe. Permandangan around Durham memang cantik aa sebab dia kan country side so cottage dia memang authentic la aku suka weeeee~ rumah-rumah dia semua kiut-miut belaka. Carboot sale memang the best ko bayangkan kasut winter Caterpillar dekat Malaysia beratus-ratus sini aku dapat 50 hinggit and still in good condition. HAHAH this is insane.
Seaham(?) yang ada biggest carboot sale on Sunday pun okay la sebab dia tepi pantai tapi air dia deras tuu ombak kalau hanyut aku memang melambung laaa. Kalah pantai port dickson ko tahu.
Overall, Durham best la sebab peace, calming lepas tu tak banyak gangguan. Makanan halal dapat dekat Newcastle especially ayam dan daging. Aku pergi Newcastle haritu kebab uuuu semua semua tuu sedap lazat sangat. Subway dia pun halalan toyyiban. Lain-lain best je dekat Tesco. cari yang suitable for vegetarian. adik aku siap beli ice-cream. Aku pun tak paham sejuk-sejuk ko boleh makan ice-krem.
Yang tu je aku nak cerita, nanti data broadband habis. Sementara nak tunggu ayah aku pasang wireless dekat sini, pakai jelah apa yang ada.
Salam rindu Malaysia,
Guwa.







